150 roti canai.. 10kg.. Hmmm..?
Hari ni memang bz, sempat ke tak aku nak rehat petang sebab ni pun dah letih balik dari kedai. 150 roti canai? Hmm. Rase2 petang ni tak layan blog sngat kot, kalo update blog pun aku kongsi ape yang aku buat petang ni iaitu 150 roti canai, ade orang tempah, nanti malam die nak amik. Gambar atas tu bahan2 untuk uli gandum, tak bnyak pun, 10 kg, pfftt.
10 kg tak bnyak? Hahahaha. Aku uli 5kg pun dah mengah, ni kan 10kg, adoii. Jap2 lagi aku nak pegi uli, ni nak rehat dulu jap sambil2 layan blog, update blog sebab lebih kurang 2 jam jugak nak siap gandum ni, pastu nak rehat plak sebelom pegi kedai untuk tebar 150 roti canai.
10kg ni lebih kurang dapat 200 lebih gak sebab 150 untuk petang ni, yang selebihnye untuk pagi esok, so, malam ni takyah uli dah gandum, bleh rehat cukup2 untuk keje esok plak. Nanti malam aku share la skit2 pasal petang ni, konfem ade gambar, tak best bukak entri takde gambar, hehe.
# Letih skit tapi takpe, berbaloi 🙂
Wallahu’alam