Assalamu’alaikum wbt.
Blogger mane tak kenal nuffnang ni kan, huhu. Aku pun kenal, siap daftar buat akaun lagi tapi tak tau cara nak setup, nak kasi trafik naek dan laen2. Ade mase aku usha2 blogger hebat, tengok dapat duit dari nuffnang, exabytes, says dan laen2 dan aku terpikir dalam kepale ni halal ke haram sebenarnya.

Bagi aku, bende ni syubhah sebab tak tau halal ker haram, tak tau sumber, tak tau cara penukaran, maklum la duit dari internet agak bahaya walaupun mudah. Rezeki yang halal dan berkat adalah dituntut. Jangan pulak ade yang marah aku kalau ade yang terasa bace entri ni. Peringatan untuk korang dan aku jugak, sesame Islam.
Nuffnang letak tepi dulu, pasal says.my dan seumpamanya yang aku nk tekankan. Klik, dapat duit, btol tak? Senang giler dapat duit tapi ingat, kite ni ade garis panduan, ade harus, makruh, sunat, halal, dan haram Konfem2 korang tak mau haram kan, huhu.
Aku nak ulas pasal says.my dan seumpamanya tak berape reti sangat sebab aku ni insan yang berilmu cetek, rujuk dengan pakar jer yang aku mampu.

Ade lagi yang lain tapi aku malas nak taip, huhuhu. Says.my dan seangkatannya mmg mudah nak dapat duit, lagi ramai org klik, lagi bnyak duit dapat. Ape kate kite bace kat blog Ustaz Nor Amin tentang hal ini supaya lebih jelas dan insyaAllah, dapat kite elak dari bende2 yang haram.
Nuffnang pulak, pasal nuffnang pun aku tak tau tapi just bagitau secara umum jer, kalau salah mintak tegur. Orang lawat blog kite, kite dapat duit kan? Betol ke tak aku tak tau sebab memang agak zero pengetahuan aku terhadap nuffnang ni tapi lebih kurang macam tu la. Senang dan mudah tapi hukum jugak perlu di ambil kira. Jom lawat laman Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.
Kesimpulan daripada aku, hanya daripada aku iaitu pendapat aku, kalau nak jugak pendapatan daripada pihak2 macam ni, mohon meneliti lebih lanjut tentang pihak ni. Halal dan berkat adalah dituntut sebab ini akan menjadi darah daging kite sendiri.
Bagi aku pulak, alhamdulillah, aku bersyukur sebab terbitnya satu persoalan dalam hati aku ni mase aku duk tengok blogger2 atau facebooker mengiklankan bende2 macam ni, aku taknak join sebab malas nak meneliti dan tak jelas dari pandangan aku.
* Korang jangan benci aku pulak, aku hanya berkongsi dan mengingati sesame sendiri termasuk diri aku. Bukan ape, duit macam ni senang nak dapat sedangkan orang di luar bersusah payah mencari rezeki. So, mari kite same2 pikir kan. Kalau ade salah silap, mohon maaf dan jugak mohon tegur 🙂
Thank you for viewing and reading this post
Sekian
Wallahu’alam.