KONTES PANDUAN BLOGGER – MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG
Bro HH suh jawabkan 3 soalan, harap2 jawapan aku ni dapat korang sume paham dengan baek, aku jawab dengan sebaik mungkin, hehehe.
# Harap trime care penulisan ni sebab selesa jer duk bg penerangan macam ni 🙂

Pagerank ni lebih kurang nilaian Google melalui algoritma (cara Google menilai, aku petik dari web) dalam bentuk skala mrkh dari 0 hgga 10 terhadap suatu web dalam segi pentingnye web tu berbanding ngan berjuta2 web kat luar sane. Pagerank yang tggi dikire sebagai lebih penting sebab mendapat undi a.k.a backlink berkualiti dr web2 yang ade pagerank dan lebih senang nak kuar dalam carian google.
Pentingnya pagerank bagi aku sebab aku nak entri2 aku diindeks dengan cepat walaupun tak berkualiti, tambah plak untuk dapat kan carian 10 SERP dalam google atas keyword2 tertentu. Antara entri2 tak berkualiti yang kuar dalam carian 10, yang penah aku tengok ialah pasal adik aku dan perot buncit.
“Pagerank of your blog means your blog popularity in SEO”

Bile pagerank dah tinggi, google menilai blog aku sebagai blog yang ada originality dan berkualiti walaupun tak bnyak, sebab tu google pertimbangkan untuk jenguk blog aku ni. Pagerank jugak bleh dilihat sebagai markah popular yang google bagi kat aku untuk selalu google spider datang jenguk bile dah ade inbound link atau backlink berkualiti.
Macam yang aku cakap kat atas, pagerank yang tinggi bukan jer yang aku ni ade backlink berkualiti yang bnyak kluarkan trafik, ia jugak bermaksud yang blog aku ni kene crawled dan ade value2 tertentu yang menjadikan SEO lebih tertumpu kat blog aku ni dalam sesetgh keyword yg membina reputasi blog aku sendiri.
Ringkasnye, bile dah pagerank tinggi, google spider lebih suke nak datang godek2 dalam blog aku dan entri blog aku akan cepat diindeks stiap hari, berkemungkinan duk dalam kedudukan 10 SERP dimana pagerank salah satu faktor yg beri kesan kat SERP. Pagerank tggi jugak bleh menarik para2 pengiklan untuk beriklan dan sebab tu la pentingnya pagerank untuk aku.

Sememangnye SEO ni penting, tambah2 plak aku ni yang nak sngt keyword2 blog aku duk dalam carian google. Perkare paling asas skali, pade pndpt aku, adalah kata kunci dalam keseluruhan entri tu. Tajuk, link dan density antara bnde yang mainkan peranan penting.
Walaupun korang dah tau kata kunci mmg penting, tapi kene tentukan kata kunci ape yang penggune2 internet slalu duk cari. Letak kata kunci maen hentam jer tak best jugak, korang bleh pegi ke Google Trend untk tau kata kunci latest.

Tajuk dan link slalu nye berkait. Pastikan kata kunci tu ada dalam tajuk dan link. Contoh “Cara nak kuruskan badan dengan cepat”, link yang diproses dapat macam ni www.paly.my/2013/04/cara-nak-kuruskan-badan-dengan-cepat”, kata kunci korang “cara kurus badan”. Dengan cara macam ni, entri tu lebih nmpk mesra ngan SEO.
Density atau kekerapan kata kunci yg same dengan kata kunci pada tajuk atau link entri perlu ade dalam isi entri tu. Misalnye, tajuk entri “Paly cintakan dia”, lebih kurang link diletakkan macam ni “www.paly.my/2013/04/paly-cintakan-dia.html”. Kata kunci kat situ adalah “cinta” atau “paly cinta dia”, korang ulang sekerap yang mungkin dalam entri korang tapi jangan trlalu bnyak plak, takot2 google consider sebagai keyword spam, kene jage2.
Kesimpulan, kata kunci tu wajib kene ade dalam tajuk, link dan isi entri. Asas ni memang penting kalau nak entri atau blog korang mesra dengan SEO. Buat 2 atau 3 entri yang ade kata kunci same dan alternate tag kat gambar jugak salah satu care yang bleh diterapkan.

Yup, sememangnye amat penting. Kalau ditanya scare direct pun, mesti rmai yang suke nak surf blog yang penampilan nye ok. Speed load dan penulisan; antara 2 ciri yang paling penting dalam menampilkan blog tu jadi menarik, betol tak?
Speed nak load blog tu dah merangkumi macam2 aspek dah; hias blog, widget, script. Bile mase yg diambil untuk bukak satu page blog tu singkat, pembace blog pun lebih cenderung nak bukak page atau entri yg laen. Aku sndiri pun macam tu, hehehe.

Hias blog ni biar la berpada2, aku penah post jugak hal ni, tekan sini. Kebnyakan blogger yang bru join dunia blog ni lebih cnderung hias blog sampai abis limit. Script berat, widget lagu, gambar background yg bersaiz besar, kelip2 dan macam2 lagi yg bleh bagi kesan mase nak load page blog korang. Memang best menghias blog tapi biar la kene dengan tempat, sekadar sedap mate memandang pun dah ok dah, pelawat nak datang pun senang hati.
Widget! Satu elemen yg memang kene amik berat. Takde gune kalau widget bnyak2 tapi jarang gune. Letak jer yang penting macam bloglist, follower, button fbpage, google+, profil blogger. Boleh tambah lagi kalau widget tu tak berat macam arkib dan tag, ade jugak kegunaan. Elakkan widget yang berat! Contoh; widget pengkomen tegar. Pilih script yang cepat load, jangan hentam amik jer, kene jugak pikir dari segi mase untk load page bog walaupun widget tu nampak menarik.
Script like ngan share entri tu takpe kalau nak letak, asalkan korang test dulu sebab ade script yang amik mase pnjang bile nak bukak satu page. Bnyak kat luar sane yang ade script plugins untuk template bleh bagi kesan mase nak bukak page macam script featured post dalam bntuk slideshow, consider betol2 bile nak letak, test sebelom gune.
Ringkasannye, bile 3 perkare ni menepati ape yang aku bagitau, mase untuk bukak page blog atau speed load blog tu lagi singkat, lagi rmai yang nak datang untuk bace entri2 korang. Mesti korang pun macam tu bile pegi ke blog yang ringan, bile abis bace satu entri, pegi ke entri laen sebab laju jer blog tu.

Penulisan gak amat la penting. Kalau terlebih gedik, mengade2, sape yang sudi bace melainkan yang bace tu gedik jugak. Hohoho. Blog yang penulisan ok, matured, penuh ngan nasihat dan tips, pembace pun sudi nak datang lagi dan follow up entri2 baru. Tak kire la menulis dalam bentuk macam mane tapi jangan buat rmai yang menyampah, kalau sikit2 takpe sebab kite tak bleh nak control bnde macam ni.
Paling menarik dlm penulisan adalah bhase dan idea sndiri, terbit la entri yang original drpd korang sndiri, bleh tarik ramai pembace nak bace entri yang berkualiti.
Elakkan mnulis blog mase perasan tgh tak betol, misalnye tengah marah, sedih atau tertekan sebab perasaan macam ni mmg bagi kesan pade penulisan, mane tau entri yang penuh ngan idea baek tapi penyampaian hampeh, ramai ke berminat nak bace? Huhuhu.
Satu lagi yang penting, hadkan ape yang korang nak kongsi, jange duk kongsi sume bende sebab kadang2 bleh mendatangkan fitnah, tambah2 blogger yang slalu duk citer hal diri macam aku ni.
Bile penulisan menarik, pembace yg sudi bace akan dapat ape yg korang sampaikan dan diorang akan share ngan orang laen untuk datang lagi ke blog korang, dapat naikkan trafik blog, membuatkan korang lagi semangat nak tulis entri2 yang berkualiti untuk pembace blog korang sehingga korang sndiri akan dapat pembace yang setia. Sape untung? Penulis dan pembace, betol tak?
Wallahu’alam